Tuesday 15 April 2014

Harapan..

Posted by Unknown at 00:38

Melihat gelagat manusia. Pelbagai ragam.
Di sini, temuduga bakal guru berlansung untuk hari kedua.
dan aku melihat pelbagai ragam manusia. Penuh calon-calon yang hadir.
Bukan untuk temuduga, tapi untuk ujian insak dan ujian kecerdasan semata-mata.
Lulus kedua-dua ujian ini, barulah akan melayakkan mereka menjalani temuduga.

Namun bukan itu yang menarik perhatian aku,
aku tertarik, melihat gelagat keluarga-keluarga yang datang ini.
Bukan sahaja datang menghantar, tapi turut menunggu anak mereka
sehingga selesai ujian-ujian anak mereka.
Ada juga ibubapa yang menghantar sehingga ke 'pintu'.
Sesak, memang sesak keadaanya.

Aku faham itulah yang menggambarkan harapan seorang ibu dan bapa. 
Kalau dulu mungkin jarang melihat bapa-bapa yang menunggu sebegini.
Tapi kini, hari ini, ia pemandangan biasa. 
Aku lihat, ibu bapa melihat anak mereka disebalik bilik yang bercerminkan
dinding lutsinar itu penuh harapan.
Mungkin ada yang terpaksa.
Tapi siapa tahu, harapan ibu bapa yang memaksa itu sebenarnya 
adalah yang terbaik.

* p/s -sambil makan di kafe, terdengar perbualan ibu anak ini. mungkin pergaduhan kecil.
Jelas anak ini terpaksa, nampak dari perlakuannya, membentak.
Bila si anak dipanggil masuk. Si ibu hanya menghantar dengan pandangan sayu.
Tidak lama selepas itu, si ibu pergi dekaat dengan pintu bilik ujian.
Lama dia tengok anaknya.
 Bila aku selesai makan pun, dia masih disitu..


0 comments:

Post a Comment

 

choices.chances.changes Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting