Thursday 8 August 2013

Pengalaman dan Tips Temuduga (IV) Institut Pendidikan Guru (IPG) :)

Posted by Unknown at 08:52

IPG


Ok hari ni saya nak story-mory pasal pengalaman aku pergi temuduga maktabatau IPG . Seperti yang anda semua sedia maklum, tahun ni, format interview dia dah berubah. Saya tak pasti laa, tapi mungkin format ni still akan digunakan untuk temuduga di tahun-tahun yang mendatang.



Ok, first of all . Nak pesan ni, pasal dokumen yang dia suruh validate tu dengan mana-mana dokumen lain tolong laa lengkapkan. Pastikan semua dokumen tu dah disahkan oleh individu berkenaan. Borang maklumat diri tu, please tolong isi semua apa yang patut, dan gambar MESTI/WAJIB ada.  Susun dokumen ikut turutan yang dia dah bagi atau tetapkan. Bukan apa, nanti takde lah gopoh betulkan balik atau baru nak isi apa-apa yang tertinggal, Lepas tu kalau ada dokumen yang tak di sahkan lagi, terpaksa pulak berkejar-kejar cari pegawai di IPG hari tu untuk dapatkan pengesahan, kanke dah kalut tu. SO, prepare keh. Lepas daa susun semua dokumen, pastikan semuanya lengkap. PERLU diingatkan borang penyataan hasrat tuperlu diisi sebelum menghadiri temuduga. Bukannya dijawab/ditulis pada hari temuduga tersebut ya.




Sekarang move on pada hari temuduga, silalah datang awal ya, ye lah anda taktau apa yang mungkin akan berlaku, nak-nak lagi bila berada di tempat orang kan. Datang je awal, duduk laa tercongok” kat situ pun, alaa tak lamanya. Just kena sobaruminnalimann siket ye. Hee. Kalau anda tak tahu nak kemana, berkumpul di tempat yang anda lihat ada pelajar-pelajar lain yang mungkin datang interview jugak.And kalau ringan mulut, Tanya-tanya laa khabar orang kiri kanan  tu ehh. ALah apa salah nya, merapatkan sillaturoohim gituh  mana tauu kan jumpa balek kan. Heee.Tapi kalau anda daa tau kat mana tempat ujian INSAK dijalankan terus pergi tau, jangan duduk berlenggang je. Bersiap sedia depan dewan/bilik ujian dimana ujian tu akan diadakan.


Sesi pertama yang akan dijalankan seperti biasa adalah ujian INSAK.  Anda kena jawan 135 soalan dalam masa 30 minit sahaja, so maknanya 1 minit lebih kurang 4 soalan la. Jangan risau, soalan nya hanya soalan KBKK sahaja boleh fikir je. Sebab soalan nya lebih kepada minat dan perwatakan anda, adakah anda sesuai untuk menjadi seorang guru?. Dan tak adanya soalan kira-kira ke isu semasa ke, hapeke semua takde ye. So, chill lah bro J . Tapi still jangan amek mudah ujian ni, sebab, penemuduga tu cakap kalau fail yang ni kiranya dah macam tak ada makna dah. Sebab mark untuk ujian ni lagi banyak daripada interview.  S, chill and steady ye guys. Just do your best, ikut your own instinct.  Kalau betul-betul minat nak jadi cikgu, konfem tak jadi halnya.


Lepas habis ujian tu, biasa nya penemuduga akan terus suruh bergerak ke bilik temuduga. Tapi lain tempat lain caranya kan. Time saya,  ( di IPG Datuk Razali Ismail) , ujian INSAK tu dijalankan di dewan besar/dewan kuliah secara beramai-ramai. Tapi still duduk dalam kumpulan contohnya kumpulan A,B,C,D . Mula-mula saya ingatkan kumpulan dibahagikan mengikut subjek, rupa-rupanya takde lah dia campur semua tak kira subjek . Sebab saya subjek sejarah tapi group member lain ada yang matematik ,sains, bahasa melayu dan sebagainya.


Sekarang move on to second session, iaitu sesi temuduga. Buat pengetahuan anda , format interview(iv) dah berubah maccam yang saya cakap sebelum ni. Kalau sebelum2 ni, ada iv individu dan berkumpulan tetapi mulai tahun ni, dah tak ada iv individu. Semuanya dijalankan secara berkumpulan.  Tahun depan saya taktau la macam mana pulak format dia. Tadi, sesi interview kumpulan saya sepatutnya mempunyai 4 sesi iaitu pukul 9.30am, 10.45am , 2pm dan 4pm. Tetapi ianya digabungkan sekali gus ,sebab ada sesetengah kumpulan hanya 2,3 orang sahaja yang hadir dari jumlah kesuluruhan (biasanya 6 orang satu sesi) juga bagi menjimatkan masa, bolehlah balik awal kan. So, group saya apabila digabungkan  jadi laa lebih kurang 20 orang yang kemudianya dibahagi kepada dua, maknanya satu group interview ada 10 oraang .

paling penting nie, :)

Masa ni laa, kalau anda dapat penemuduga yang agak cerewet , agak susah jugaklah. Masa saya tu, penemuduga tu taklah cerewet, tapi dia ada laa cakap dekat semua dia kata  “kalau macam nil ah perangai nak jadi cikgu baik tak payah, tak ada disiplin” sebab ada yang tak bawak gambar, isi borang tak lengkap , tak dapat pengesahan dan sebagainya. Nasihat saya, persiapkan semuanya supaya nanti tak ada masalah di kemudian hari ,ye lah anda kenalah tunjukkan bahawa anda ni kompeten,sesuai,layak untuk jadi cikgu . Yang paling tak tahan bila penemuduga tu siap cakap lagi, “ saya boleh je failkan awak ni, sebab tak ada markah untuk Sahsiah”. Haih, tapi dia saja je nak bagi kita sedar sikit.Apapun , naseb baik laa iv tu berjalan lancar.

Dan perlu diingatkan, dokumen yang  asal perlu diletakkan dalam fail ye, contohnya macam ic, sijil kelahiran, sijil akademik dan sebagainya( sijil asal), semntara itu bagi  dokumen yang perlu diisi seperti boring maklumat diri, penyataan hasrat dan dokumen lain yang perlu diisi desertakan sekali bersama  sijil salinan yang telah disahkan. Kalau boleh letak dalam sampul surat atau fail. Klip kan sekali sebab nanti yang itu lah akan diserahkan kepada penemuduga. Dokemen asal diserahkan tetapi akan dikembalikan di akhir iv tu. Lepas bila daaa bagi dokumen siap-siap dekat penemuduga (ikut arahan dia ya) , anda akan diminta untuk menonton satu video. So, tumpukan perhatian sepenuhnya ya.  Video yang saya dapat adalah video tentang MBMMBI, yang lain-lain saya dengar ada video mengenai Kejiranan,Ibu bapa, 1Murid 1Sukan dan sebagainya. Maybe kalau anda tak tahu nak baca apa untuk persediaan temuduga ni, mungkin ada boleh baca tentang dasar-dasar pendidikan di kementerian pelajaran Just to make sure you got the idea .


Lepas daa tengok video, duduk dalam kumpulan untuk bincangkan. Jangan bimbang kalau anda ni jenis yang tak pandai nak mencelah sebab masa saya di iv, penemuduga tu pesan kalau seorang bercakap yang lain jangan sampuk, hanya sambung selepas dia dah habis. So, tak delah nervous sangat nak argue kan.  This also means, korang boleh bercakap berapa minit pun korang suka, tapi jangan laa cakap kosong mesti ada input yang berkaitan dengan video tu . Tetapi perlu diingatakan walaupun tak adaorang yang nk mencelah semasa nada bercakap korang kenalah consider dengan group-mate korang jangan korang je yang bercakap,berpada-pada lah ye orang lain pun ada idea gak. Lepas sorang daa habes, macam mana anda nak sambung? Herm , seperti yang penemuduga tu cakap “perbincangan yang berhemah”, so jangan la maen terjah je, mungkin anda boleh cakap
“ya,saya bersetuju dengan pendapat saudara/saudari …, tetapi ingin saya tambahkan disini bahawa….@
seperti yang dimaklumkan oleh saudari….,saya percaya bahawa saudari merujuk kepada…
kalau tak bersetuju atau nak bagi idea yang agak kontra, mungkin anda boleh cakap,
“ saya ingin memetik kata-kata saudari ..mengenai…yang menyatakan bahawa… NAMUN pada pandangan saya ..


Saya just bagi just bagi idea macammana nak sambungkan perbualan just in case kalau anda blank . Tetapi jangan risau kerana kebiasaannya idea tu akan datang secara spontan, so takyah laa nak menghafal bagai just get the idea pun daa cukup sebenarnya.  Dan andai kata ditakdirkan, masa iv tu calon-calon lain semua dah bercakap tapi anda still blank tatau nak cakap apa, tarik nafas dan cuba beri perhatian kepada input-input yang diberikan oleh calon lain. So, kalau anda takde idea sangat anda mungkin boleh menyambung dengan menyatakan “ Pada pandangan saya, saya sangat bersetuju dengan pendapat yang dikeutarakan oleh saudara…., dimana beliau menyatakan bahawa…, ini sememangnya tepat sekali kerana ianya sejajar dengan..bla2..(just tambahkan sikit je idea anda). Jangan risau tentang peluang untuk bercakap, sebab semua akan diberi peluang untuk bercakap. Kalau anda diam sgt, mungkin penemuduga tu akan Tanya soalan khas kepada anda,mungkin.
Bila dah habis bagi pendapat semua, penemuduga (biasanya 2 orang), akan bagi satu soalan umum tentang sesuatu isu semasa, dan Tanya pendapat korang. Lain oraang lain ideanya, so be creative, Bagi idea yang sangat mantop so, the interviewer akan impressive dengan anda. Takpun anda bantai je laah cakap apa yang anda tahu, hahaa J . Dan perlu diingatkan sekali lagi, lain penemuduga lain caranya, sebab kawan saya ada memberitahu bahawa di dalam kumpulanya selapas semua calon member pendapat, penemuduga akan bertanyakan soalan yang berlainan kepada setiap calon untuk menguji kemampuan calon.


Dan yang terakhir, anda biasanya akan diminta untuk berkomunikasi dalam bahasa ketiga. Seperti yang dimaklumkan oleh penemuduga tadi, beliau memaklumkan bahawa, sesi terakhir adalah untuk menguji kemahiran anda berkomunikasi dalam bahasa ketiga. Contohnya bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab, iban, cina,india dan sebagainya.
 Tetapi, waktu saya, penemuduga tu just cakap , in ENGLISH tell me your most interesting event in your life or unforgettable event that happen in your life.  So cakap je laa, apa yang korang nak cakap, dia bukan nak dengar sangat cerita tu rasanya, just nak dengar kita speaking jer. Pasal grammar tu takyah risau laa, just cakap je. Cakap je, tapi mungkin ada yang terkejut sebab kena speaking terus jadi tergagap-gagap masa speaking. Mungkin untuk menanganinya, anda boleh speaking dengan “lambat-lambat” dalam erti kata lain “slow motion” sikit, bukan gagap tao :3, ada beza tu yee. so  takde lah nampak sangat tengah menyusun ayat masa tu.


Lepas tu kalau daa takde apa-apa, dan penemuduga tu cakap dah boleh keluar, ucapkan terima kasih dekat Incik penemuduga, dan senyum-senyumlah atau kalau  rajin bersalam laa dengan group-mate korang tu  yea.Then, boleh laa cabut.hehee.(saya memang tak sabar-sabar nak balek waktu tu). TETAPI  jangan lupa pula untuk mengambil semula fail yang mengandungi sijil asal anda itu, pastikan ic ada sekali tau. Kang naya pulak nak kena cari.


So that all yang saya boleh cerita, apapun kalau sememangnya rezeki anda disitu takkan kemananya. Jangan lupa, DOA minta dipermudahkan segalanya dan buat yang terbaik. GOOD LUCK and adios amigos J .



* Some link, preparation 4 iv  :)






In Shaa ALLAH, :)


15 comments:

Unknown on 13 May 2014 at 11:18 said...

Salam.. amik bidang sj ke ? Sama lah kita. Dia tkde tanya apa2 mengenai falsafah ke.. buku ilmiah ke.. tkde ke ? Risau jugak sbb mungkin sbjek sj berbeza iv berbanding sbjek lain.. :/

Unknown on 15 May 2014 at 02:13 said...

setakat yang lepas, NOPE., UNLESS penemuduga tu orang sejarah. But then its good kalau kamu masih ingat apa y kamu belajar dulu. soalan lbih kpd berkaitan isu semasa dan isu pendidikan, btw soalan takkan direct, and every question mostly kbkk, answer in your own word and with confident. Just be different from others setiap kali bagi jawapan tue, kreatif yang boleh diterima pakai , harap membantu :)

nur farah aimi on 21 April 2015 at 02:29 said...

salam, macam mana saya nak baca atau study mengenai bidang sejarah, buat pengetahuan cik saya merupakan calon temuduga bagi tahun 2015 bagi bidang sejarah, apa yang saya perlu tahu mengenainya ?

Unknown on 21 April 2015 at 22:43 said...

Salam,kalau bidang bahasa inggeris adakah menjawab soalan dalam bahasa inggeris sepenuhya atau soalan yyg bahasa ketiga tu sahaja kita kene speaking?

Unknown on 21 April 2015 at 22:43 said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on 22 April 2015 at 07:53 said...

Biasanya soalan direct tak ditanya tapi soalan lebih pada pemikiran HOT/KBAT. General knowledge is priority..

Unknown on 22 April 2015 at 07:59 said...

Depend pd interviwer. But mostly, kalau ambil TESL, communication biasanya akan guna BI sepenuhnya.. kalau course Sejarah, Math, Pem etc bila diminta berkomunikasi dalam bahasa kedua usually semua calon akan speaking..

Unknown on 22 April 2015 at 16:39 said...

salam,, sijil sijil penglibatan koko semua kena bawak eh? and everything kena sahkan walaupun sijil koko?

Unknown on 23 April 2015 at 06:23 said...

HI , document asal dan document fototstat letak bersama ?
contoh : ic dan ic fototstat letak bersama ?

please reply me in email , thank you very much ....

ukhtisaujanablogspot.com on 24 April 2015 at 05:20 said...

saya nak tanya . kita kena bawa salinan sijil dari tingkatan berapa ya ? terima kasih.

Unknown on 25 April 2015 at 07:57 said...

Dear zaqwan: Bawak y penting. Utamakan sijil2 dengan pencapaian tertinggi e.g peringkat negeri peringkat kebangsaan and yup salinan sijil mesti disahkan. Again, salinan (means sijil yang di fotostat) memang perlu disahkan..

Unknown on 25 April 2015 at 08:04 said...

Dear liew : nope. Stack asa one dan pinkan. As I remember, salinan2 tu semua nanti akan diserahkan sekali dengan borang2 yang lain, please refer balik dengan arahan u confirmation..

Dear Ukhtisaujana: Bawa sijil yang 'bermakna dan bernilai'. Tak perlu sijil banyak2 pun tidak mengapa. Lagi bagus kalau bawa sijil pencapaian dalam bidang koku @ ko akademik yang berbeza dengan orang lain (kalau ada)..

marea edayu on 25 April 2015 at 22:47 said...

Hi..saya nak tnye...salinan sijil tu perlu disahkan oleh siapa!!!

ukhtisaujanablogspot.com on 27 April 2015 at 06:31 said...

yang saya tahu . mana mana pengawai kerjaaan yang ada cop sendiri . kalau kat sekolah . mana mana guru gred 44 dan ke atas . ketua kmpung .

Unknown on 27 April 2015 at 22:24 said...

saya dpt subjek sejarah. Bolehkah saya tahu apakah soalan-soalan yg akan ditanya oleh penemuduga? Mohon penjelasan. Terima kasih!

Post a Comment

 

choices.chances.changes Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting