Tuesday 15 April 2014

Harapan..

Posted by Unknown at 00:38 0 comments

Melihat gelagat manusia. Pelbagai ragam.
Di sini, temuduga bakal guru berlansung untuk hari kedua.
dan aku melihat pelbagai ragam manusia. Penuh calon-calon yang hadir.
Bukan untuk temuduga, tapi untuk ujian insak dan ujian kecerdasan semata-mata.
Lulus kedua-dua ujian ini, barulah akan melayakkan mereka menjalani temuduga.

Namun bukan itu yang menarik perhatian aku,
aku tertarik, melihat gelagat keluarga-keluarga yang datang ini.
Bukan sahaja datang menghantar, tapi turut menunggu anak mereka
sehingga selesai ujian-ujian anak mereka.
Ada juga ibubapa yang menghantar sehingga ke 'pintu'.
Sesak, memang sesak keadaanya.

Aku faham itulah yang menggambarkan harapan seorang ibu dan bapa. 
Kalau dulu mungkin jarang melihat bapa-bapa yang menunggu sebegini.
Tapi kini, hari ini, ia pemandangan biasa. 
Aku lihat, ibu bapa melihat anak mereka disebalik bilik yang bercerminkan
dinding lutsinar itu penuh harapan.
Mungkin ada yang terpaksa.
Tapi siapa tahu, harapan ibu bapa yang memaksa itu sebenarnya 
adalah yang terbaik.

* p/s -sambil makan di kafe, terdengar perbualan ibu anak ini. mungkin pergaduhan kecil.
Jelas anak ini terpaksa, nampak dari perlakuannya, membentak.
Bila si anak dipanggil masuk. Si ibu hanya menghantar dengan pandangan sayu.
Tidak lama selepas itu, si ibu pergi dekaat dengan pintu bilik ujian.
Lama dia tengok anaknya.
 Bila aku selesai makan pun, dia masih disitu..


Saturday 12 April 2014

Apa nak buat kalau tekanan dengan Assignment ?

Posted by Unknown at 11:07 0 comments
Haa tengok tajuk pun daa tau kan.
Dalam hidup nie, kalau tak tension memang tak sah laa kan. yelah, hidup manusia nie
memang penuh dugaan, untuk menguji kita. So terpulang kepada setiap individu macam mana nak tangani tekanan yang dihadapi. Nie cara lepas tension yang biasa yang orang buat lah kan. yang luar biasa tu takyah cakap laa kan. Nak buat  yang luar biasa tu mmg kena fikir dua tiga kali laa gamaknya.
So, ambil yang biasa-biasa je ye. Cara ni In Sha Allah berjaya menghapuskan tekanan anda
. Barulah ringan sikit kepala tue,kan,kan :)
 OK, jum tengok apa boleh buat untuk release tension!

1. Kalau anda seorang yang 'cengeng' dan menangis adalah salah satu cara anda melepaskan tekanan,
(tapi takkanlah nak nangis tetiba kan) saya cadangkan anda tengok laa video2 sedih yang berlambak dekat u tube tue. Click je mana-mana lagu yang lirik dia memang sedih gilak (biasanya pasal perpisahan hidup dan mati), lepas tue anda feel betul2 lagu tue, konfem nangisnya. Nangis laa sungguh2, biar habes tension tue sebab letih menangis jak. nanti bila orang tanya kenapa mennangis cakap laa yang video tue sedih gila3. Takda laa pulak orang lain ingat anda nie 'mereng' kan..

2. Makan

3. Menyanyi

4.Bersukan-hoki, joging , tenis, silat. (kalau silat tu main belasah orang ja nih :3)

5. tulis diari (cara lepas tension paling selamat dan senyap :)

6. tengok cerita lawak-gelak gila-gila (noisy one :3)

8. tido dan tido (jgn tak bangun-bangun sudah laa)

9. Memasak (mmg best laa sapa yang berkawan dgn org camni)

10 Membersih (bagus, bersih laa bilik)

11. Study ! (Konfem empatrata nih :D )

12. Istighfar, Solat dan 'Tilik diri' :)

dan Bertenang :)

*p/s/ turutan yang sarkastik *iYKwIM*

Pesanan untuk diri sendiri
 :)

Lawatan ke Rumah Anak Yatim Sem 1 Asasi 2012/2013

Posted by Unknown at 10:50 0 comments
Baru-baru nie tengah kemas-kemas fail dalam lappy terjumpa  
gambar-gambar masa Asasi 'dolu-dolu' . Hailaa mengimbau kenangan laa pulak rasanya kan.
Anyway, nie antara prog kelas aku yang masuk dalam kategori bermakna cozada sentimental valua lahh.
Aktiviti nie first dikeutarakan oleh class rep kitorang masa tue n dibuat masa bulan Ramadhan. 
Aktiviti nie dibuat masa first sem asasi kitorang .
Lawatan ke rumah anak yatim ni di Selangor (tapi lupa apa nama).
Kiranya aktiviti nie antara kenangan manis dengan classmate law assasian time tuh.
dan Alhamdullilah, prog nie berjaya dengan jayanya  :)
Thumbs Ups laa guys, 









*p/s- banyak gambar tapi malaih nak upload :3


Friday 11 April 2014

Temuduga IPG (Instutut Pendidikan Guru) 2014. (Tips and Rumors)

Posted by Unknown at 02:48 0 comments

Hermm dengar-dengarnya, temuduga IPG kali nie makin2 ketat nampaknya. 
Kalau tahun lepas interview individu dimansuhkan dan hanya interview 
kumpulan yang diadakan. Rasionalnya, sebabnak tengok calon yang 
paling menonjol dalam satu2 kumpulan tu. Ye la kan sekarang nie 
semua persaingan, yang paling menonjol lah ada peluang yang paling cerah.
 So tonjolkan diri anda :)

Di IPG nie, lecturer dah mula cakap pasal intake yang akan datang.
means, intake untuk Jun 2014 lah kan. 
Dengan kali nie dalam bentuk yang berbeza lagi. Dan  lebih mencabar rasanya :),
so calon yang nak pergi temuduga kenalah bersedia.
Mental dan fizikal, sebab untuk intake nie, ujian fizikal pun ada tao.
Melalui apa yang diberitahu oleh pensyarah di IPG ini, ujian fizikal akan dijalankan. 
Maksudnya akan ada tiga ujian. Ujian INSAK, Ujian Fizikal, dan Interview.
Rasionalnya kenapa ada ujian fizikal?
Sebab katanya KPM banyak terima aduan guru-guru 
yang dihantar ke sekolah adalah guru yang Overweight katanya.
So, kira macam KPM nakkan yang terbaik daripada yang terbaiklah.
ini menurut pensyarah laa ya, bukan direka2 :)

Dan baru-baru nie keputusan untuk calon yang layak menduduki ujian telah dikeluarkan.
Boleh check di sini. Sila isi ruangan di sebelah kanan.
Manakala Ujian Kelayakan Calon Guru bagi Program Guru Tajaan KPM Ambilan 2014 akan 
bermula dari 09 April 2014 hingga 18 April 2014.

Tak pasti, turutan ujian yang akan dijalankan tersebut. Dan kalau nak tahu lebih lanjut maybe boleh check dan search2 lagi :).
Ini hanyalah sekadar sharing apa yang diberitahu  sahajaa.
Apa yang pastu ujian fizikal adalah satu pembaharuan yang ditambah.
Antara ujian yang akan dilakukan oleh calon,
adalah 3 ujian fizikal (kalau tak silap la) iaitu
tekan tubi, push-up, dan berlari (dalam jarak tertentu).

Kalau part yang berlari tu, masa kami awal-awal masuk IPG dulu pun kena jugak
buat 2.4km dan MESTI bawah 15minit. 
So nak tak nak, memang kena berlari jugaklah.
Dan 2.4 masa kami dah masuk IPG tu pun bukan sekali je tao.
Paling kurang 2 kalilah. Untuk percubaan dan yang real punya (di 'timing' kan).
Tapi ini dekat IPG kamilah. Lain  IPG lain caranya.

Apapun, kalau dah tahu serba sedikit tentang ujian-ujian yang bakal ditempuhi,
silalah buat persediaan kalau betul-betul nak jadi cikgu. 
Dan sesiapa ang memang tak terniat langsung nak jadi cikgu tapi dapat interview tu, (peringatan bagi yang mmg sah2 taknak jadi cikgu)
fikir-fikir laa. Jangan nanti bila daa masuk IPG baru menyesal
lepas tu duk jaja dekat orang tak minat la, kena paksa la, takde 
pilihan la lepas tue mula la kata IPG teruk tak best bagai. 
Ini laa spesis yang'menyakitkan mata'.
orang lain ramai lagi yang betul-betul nak masuk.
 Bila tak dapat memang sedih gila.
Cuba bayangkan bila, ada orang yang dapat apa yang anda 
nak tapi anda tak dapat
. Lepas tue orang tu duk jaja dekat anda, takbest pun benda tue, ataupun 
small matter je nak dapat benda camtu. Apa perasaan anda?

Tapi , kalau anda keliru lagi nak masuk atau tak tapi dah dapat interview, just do your best.
Mana tau itu memang takdir anda.
Usaha dan doa.
Kalau dah rezeki takkan kemana.


Bukan nak membebel bagai, cuma nak bagi sepatah dua kata jaa :)
Anyway, apa-apa soalan boleh comment. In sha Allah, soalan akan dijawab 

Btw, GOOD LUCK :)

p/s-nama ujian mungkin berbeza. e.g, ujian kualitatif, ujian fizika @ ujian HOT.
p/s- dengar2 juga intake kali ini LEBIH ramai. Dalam 3ribu lebih. Jauh beza dengan intake lepas yang hanya seribu lebih sahaja. Means peluang untuk calon tahun nie lebih cerah laa :)





 

choices.chances.changes Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting