Friday 8 November 2013

Exam dulu baru boleh Balek!

Posted by Unknown at 04:28 0 comments
Hermm, memang pun.
Itulah penguat semangat aku, hati ni daa berkobar-kobar nak balek.
siap daa rancang lagi tue apa yang nak dibuat bilamana menjejak je kaki ke 
Semenanjung nanti, tapi sabo yeaa. Taklama dah tue (statement pujuk hati nie :)).
Gaya macam daa bertaun x balek, walaupun baru 3,4 bulan sebenarnya.
But still bagi aku lama laa tu kan. and walau bukan oversea laa sangat but still
jugak, terkena laa tempias over-oversea tue, coz mmg la lalu kot laut kowt.
Takdelagi rasanye orang yang berenang dari semenanjung ke serawak ni 
bila nak pi study :) heee.

Btw, the next exam lagi seminggo mau ditunggunya.
lepas tue, tunggu lagi 4 hari. Bayangkan, daa habes exam  pun, still tercongok lagi
tak boleh balek. Kerenah birokrasi laa katakan, hangguk je lah .
Dan sekarang antara tugas-tugas yang menanti, rancang apa nak dibuat lpas
exam nie, sebelum balek smenanjung, Ayukk, kita merancang !!

*Jgn nanti melangu tgk dinding sajaa sudah la yea~



Friday 9 August 2013

Minggu Orientasi UITM (Kampus Shah Alam).

Posted by Unknown at 03:45 0 comments

Hye,hye,hye :D
Entry kali nie nak story mory pasal orientasi. 
Seperti yang diceritakan sebelum nie, aku nie ex-asasian lw kat Uitm shah alam dlu.
Kalau dulu sebut je orientasi, mesti rase cam boring amat deh. Tapi
bila dah makin dewasa nie, dah banyak orientasi yang dilalui, aku boleh kata yang
orientasi nie, ok jee. Takdalah teruk sangat macam yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak deh. 
Kecuali kalau korang kena raging kaw-kaw gituh. tu memang k.o lah. 

So, takyah cakap banyak, nie ada laa sikit gambar yg sempat di snap
time tuh,

Latar masa : Jun 2012,
Latar tempat : Kolej Mawar, UITM Shah Alam.
* Intake for lepasan SPM nih,( Asasi and Dip).



Ni dalam Dewan dekat Kolej Mawar. nama hape ntah, dah lupa.. (Ramai siakk :o)
Lagi satu aktiviti, kitorang pergi nonton perlawanan bola sepak antara,
UITM FC v P.Pinang FC,  di stadium Uitm Shah Alam.


lagi gambar,

dan lagi ,
psst- UItm, menang time nih,.



Ni pulak, ceramah dekat Masjid Sultan Mizan dalam UITM S.Alam ni.
(pasal LGBT nih, best gak tao)

tekun mendengar semuanya, :3

Ni pulak, kenal tak sapa tu?,jeng3. haha.
Ni antara aktiviti yg agak best laa.
Kitorang semua tgk Movie dengan VC (Dato Sahol) dan Timabalan VC2.
Movie korea gituh, seram+romantik+lawak3 gituh.
best tao :D
Hero and Heroin tgh menari.


Ni pulak persembahan malam last orientasi. Malam Penutup.
persembahan dari budak Dip Muzik.
Paling best, dengar lagu Someone Like You, dari Adele Malaysia.
sebijik kowt ;3

Persembahan dari diorang, akak2 fasi.

Semangat dowh :]

OK, that it. banyak lagi gambar tapi malaih nak diuploudkan.
Sikit-sikit sudaa laa kan.
:)

Thursday 8 August 2013

Pengalaman dan Tips Temuduga (IV) Institut Pendidikan Guru (IPG) :)

Posted by Unknown at 08:52 15 comments

IPG


Ok hari ni saya nak story-mory pasal pengalaman aku pergi temuduga maktabatau IPG . Seperti yang anda semua sedia maklum, tahun ni, format interview dia dah berubah. Saya tak pasti laa, tapi mungkin format ni still akan digunakan untuk temuduga di tahun-tahun yang mendatang.



Ok, first of all . Nak pesan ni, pasal dokumen yang dia suruh validate tu dengan mana-mana dokumen lain tolong laa lengkapkan. Pastikan semua dokumen tu dah disahkan oleh individu berkenaan. Borang maklumat diri tu, please tolong isi semua apa yang patut, dan gambar MESTI/WAJIB ada.  Susun dokumen ikut turutan yang dia dah bagi atau tetapkan. Bukan apa, nanti takde lah gopoh betulkan balik atau baru nak isi apa-apa yang tertinggal, Lepas tu kalau ada dokumen yang tak di sahkan lagi, terpaksa pulak berkejar-kejar cari pegawai di IPG hari tu untuk dapatkan pengesahan, kanke dah kalut tu. SO, prepare keh. Lepas daa susun semua dokumen, pastikan semuanya lengkap. PERLU diingatkan borang penyataan hasrat tuperlu diisi sebelum menghadiri temuduga. Bukannya dijawab/ditulis pada hari temuduga tersebut ya.




Sekarang move on pada hari temuduga, silalah datang awal ya, ye lah anda taktau apa yang mungkin akan berlaku, nak-nak lagi bila berada di tempat orang kan. Datang je awal, duduk laa tercongok” kat situ pun, alaa tak lamanya. Just kena sobaruminnalimann siket ye. Hee. Kalau anda tak tahu nak kemana, berkumpul di tempat yang anda lihat ada pelajar-pelajar lain yang mungkin datang interview jugak.And kalau ringan mulut, Tanya-tanya laa khabar orang kiri kanan  tu ehh. ALah apa salah nya, merapatkan sillaturoohim gituh  mana tauu kan jumpa balek kan. Heee.Tapi kalau anda daa tau kat mana tempat ujian INSAK dijalankan terus pergi tau, jangan duduk berlenggang je. Bersiap sedia depan dewan/bilik ujian dimana ujian tu akan diadakan.


Sesi pertama yang akan dijalankan seperti biasa adalah ujian INSAK.  Anda kena jawan 135 soalan dalam masa 30 minit sahaja, so maknanya 1 minit lebih kurang 4 soalan la. Jangan risau, soalan nya hanya soalan KBKK sahaja boleh fikir je. Sebab soalan nya lebih kepada minat dan perwatakan anda, adakah anda sesuai untuk menjadi seorang guru?. Dan tak adanya soalan kira-kira ke isu semasa ke, hapeke semua takde ye. So, chill lah bro J . Tapi still jangan amek mudah ujian ni, sebab, penemuduga tu cakap kalau fail yang ni kiranya dah macam tak ada makna dah. Sebab mark untuk ujian ni lagi banyak daripada interview.  S, chill and steady ye guys. Just do your best, ikut your own instinct.  Kalau betul-betul minat nak jadi cikgu, konfem tak jadi halnya.


Lepas habis ujian tu, biasa nya penemuduga akan terus suruh bergerak ke bilik temuduga. Tapi lain tempat lain caranya kan. Time saya,  ( di IPG Datuk Razali Ismail) , ujian INSAK tu dijalankan di dewan besar/dewan kuliah secara beramai-ramai. Tapi still duduk dalam kumpulan contohnya kumpulan A,B,C,D . Mula-mula saya ingatkan kumpulan dibahagikan mengikut subjek, rupa-rupanya takde lah dia campur semua tak kira subjek . Sebab saya subjek sejarah tapi group member lain ada yang matematik ,sains, bahasa melayu dan sebagainya.


Sekarang move on to second session, iaitu sesi temuduga. Buat pengetahuan anda , format interview(iv) dah berubah maccam yang saya cakap sebelum ni. Kalau sebelum2 ni, ada iv individu dan berkumpulan tetapi mulai tahun ni, dah tak ada iv individu. Semuanya dijalankan secara berkumpulan.  Tahun depan saya taktau la macam mana pulak format dia. Tadi, sesi interview kumpulan saya sepatutnya mempunyai 4 sesi iaitu pukul 9.30am, 10.45am , 2pm dan 4pm. Tetapi ianya digabungkan sekali gus ,sebab ada sesetengah kumpulan hanya 2,3 orang sahaja yang hadir dari jumlah kesuluruhan (biasanya 6 orang satu sesi) juga bagi menjimatkan masa, bolehlah balik awal kan. So, group saya apabila digabungkan  jadi laa lebih kurang 20 orang yang kemudianya dibahagi kepada dua, maknanya satu group interview ada 10 oraang .

paling penting nie, :)

Masa ni laa, kalau anda dapat penemuduga yang agak cerewet , agak susah jugaklah. Masa saya tu, penemuduga tu taklah cerewet, tapi dia ada laa cakap dekat semua dia kata  “kalau macam nil ah perangai nak jadi cikgu baik tak payah, tak ada disiplin” sebab ada yang tak bawak gambar, isi borang tak lengkap , tak dapat pengesahan dan sebagainya. Nasihat saya, persiapkan semuanya supaya nanti tak ada masalah di kemudian hari ,ye lah anda kenalah tunjukkan bahawa anda ni kompeten,sesuai,layak untuk jadi cikgu . Yang paling tak tahan bila penemuduga tu siap cakap lagi, “ saya boleh je failkan awak ni, sebab tak ada markah untuk Sahsiah”. Haih, tapi dia saja je nak bagi kita sedar sikit.Apapun , naseb baik laa iv tu berjalan lancar.

Dan perlu diingatkan, dokumen yang  asal perlu diletakkan dalam fail ye, contohnya macam ic, sijil kelahiran, sijil akademik dan sebagainya( sijil asal), semntara itu bagi  dokumen yang perlu diisi seperti boring maklumat diri, penyataan hasrat dan dokumen lain yang perlu diisi desertakan sekali bersama  sijil salinan yang telah disahkan. Kalau boleh letak dalam sampul surat atau fail. Klip kan sekali sebab nanti yang itu lah akan diserahkan kepada penemuduga. Dokemen asal diserahkan tetapi akan dikembalikan di akhir iv tu. Lepas bila daaa bagi dokumen siap-siap dekat penemuduga (ikut arahan dia ya) , anda akan diminta untuk menonton satu video. So, tumpukan perhatian sepenuhnya ya.  Video yang saya dapat adalah video tentang MBMMBI, yang lain-lain saya dengar ada video mengenai Kejiranan,Ibu bapa, 1Murid 1Sukan dan sebagainya. Maybe kalau anda tak tahu nak baca apa untuk persediaan temuduga ni, mungkin ada boleh baca tentang dasar-dasar pendidikan di kementerian pelajaran Just to make sure you got the idea .


Lepas daa tengok video, duduk dalam kumpulan untuk bincangkan. Jangan bimbang kalau anda ni jenis yang tak pandai nak mencelah sebab masa saya di iv, penemuduga tu pesan kalau seorang bercakap yang lain jangan sampuk, hanya sambung selepas dia dah habis. So, tak delah nervous sangat nak argue kan.  This also means, korang boleh bercakap berapa minit pun korang suka, tapi jangan laa cakap kosong mesti ada input yang berkaitan dengan video tu . Tetapi perlu diingatakan walaupun tak adaorang yang nk mencelah semasa nada bercakap korang kenalah consider dengan group-mate korang jangan korang je yang bercakap,berpada-pada lah ye orang lain pun ada idea gak. Lepas sorang daa habes, macam mana anda nak sambung? Herm , seperti yang penemuduga tu cakap “perbincangan yang berhemah”, so jangan la maen terjah je, mungkin anda boleh cakap
“ya,saya bersetuju dengan pendapat saudara/saudari …, tetapi ingin saya tambahkan disini bahawa….@
seperti yang dimaklumkan oleh saudari….,saya percaya bahawa saudari merujuk kepada…
kalau tak bersetuju atau nak bagi idea yang agak kontra, mungkin anda boleh cakap,
“ saya ingin memetik kata-kata saudari ..mengenai…yang menyatakan bahawa… NAMUN pada pandangan saya ..


Saya just bagi just bagi idea macammana nak sambungkan perbualan just in case kalau anda blank . Tetapi jangan risau kerana kebiasaannya idea tu akan datang secara spontan, so takyah laa nak menghafal bagai just get the idea pun daa cukup sebenarnya.  Dan andai kata ditakdirkan, masa iv tu calon-calon lain semua dah bercakap tapi anda still blank tatau nak cakap apa, tarik nafas dan cuba beri perhatian kepada input-input yang diberikan oleh calon lain. So, kalau anda takde idea sangat anda mungkin boleh menyambung dengan menyatakan “ Pada pandangan saya, saya sangat bersetuju dengan pendapat yang dikeutarakan oleh saudara…., dimana beliau menyatakan bahawa…, ini sememangnya tepat sekali kerana ianya sejajar dengan..bla2..(just tambahkan sikit je idea anda). Jangan risau tentang peluang untuk bercakap, sebab semua akan diberi peluang untuk bercakap. Kalau anda diam sgt, mungkin penemuduga tu akan Tanya soalan khas kepada anda,mungkin.
Bila dah habis bagi pendapat semua, penemuduga (biasanya 2 orang), akan bagi satu soalan umum tentang sesuatu isu semasa, dan Tanya pendapat korang. Lain oraang lain ideanya, so be creative, Bagi idea yang sangat mantop so, the interviewer akan impressive dengan anda. Takpun anda bantai je laah cakap apa yang anda tahu, hahaa J . Dan perlu diingatkan sekali lagi, lain penemuduga lain caranya, sebab kawan saya ada memberitahu bahawa di dalam kumpulanya selapas semua calon member pendapat, penemuduga akan bertanyakan soalan yang berlainan kepada setiap calon untuk menguji kemampuan calon.


Dan yang terakhir, anda biasanya akan diminta untuk berkomunikasi dalam bahasa ketiga. Seperti yang dimaklumkan oleh penemuduga tadi, beliau memaklumkan bahawa, sesi terakhir adalah untuk menguji kemahiran anda berkomunikasi dalam bahasa ketiga. Contohnya bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab, iban, cina,india dan sebagainya.
 Tetapi, waktu saya, penemuduga tu just cakap , in ENGLISH tell me your most interesting event in your life or unforgettable event that happen in your life.  So cakap je laa, apa yang korang nak cakap, dia bukan nak dengar sangat cerita tu rasanya, just nak dengar kita speaking jer. Pasal grammar tu takyah risau laa, just cakap je. Cakap je, tapi mungkin ada yang terkejut sebab kena speaking terus jadi tergagap-gagap masa speaking. Mungkin untuk menanganinya, anda boleh speaking dengan “lambat-lambat” dalam erti kata lain “slow motion” sikit, bukan gagap tao :3, ada beza tu yee. so  takde lah nampak sangat tengah menyusun ayat masa tu.


Lepas tu kalau daa takde apa-apa, dan penemuduga tu cakap dah boleh keluar, ucapkan terima kasih dekat Incik penemuduga, dan senyum-senyumlah atau kalau  rajin bersalam laa dengan group-mate korang tu  yea.Then, boleh laa cabut.hehee.(saya memang tak sabar-sabar nak balek waktu tu). TETAPI  jangan lupa pula untuk mengambil semula fail yang mengandungi sijil asal anda itu, pastikan ic ada sekali tau. Kang naya pulak nak kena cari.


So that all yang saya boleh cerita, apapun kalau sememangnya rezeki anda disitu takkan kemananya. Jangan lupa, DOA minta dipermudahkan segalanya dan buat yang terbaik. GOOD LUCK and adios amigos J .



* Some link, preparation 4 iv  :)






In Shaa ALLAH, :)


Monday 10 June 2013

ICT Shah Alam Trick Art Museum with roomate :)

Posted by Unknown at 13:00 0 comments


So, hyep. Malam ni takleh tido, tak lelap laa pulak. 
Tetiba leh pulak teringat kat roomate aku sem lepas. Haila2, pelik betul timing dia.
 Anyway, teringat pulak kenangan last kitorang. The first and last time kitorang berempat roomate plus kawan lagi sorang keluar. Itupun masa last day aku kata uitm. 

Nanti aku cerita lebih lanjut pasai roomate aku, skunk nih just nak tunjuk gambar 
yang daa lama berhabuk dlam laptop nih. Gambar kitorang pergi ict yang 
lebih kurang dua tiga jengkal jeh dari UITM Shah Alam tuh konon-nya laa. 

Aku memang daa lama nak pergi Trick art museum nih,
 alang-alang diorang pun tak penah pergi, aku pun hape lagi terus promote
  kat diorang ajak pergi sekali, baru best ada geng,heee. 
Lagipun bayarn dia lagi murah kowt dari masuk pende-penda lain dalam ICT tuh.
eg, snow tu daa RM35. Tapi kalau trick Art Museum ni, JUst RM5 je uols.
Tu yang tak sesabar nak pi nih :].

HERE WE GOO..

google image
okeh ICT, sape nak tengok lampu, tak puas tgk lampu kat rumah tu maii laa sini yea, memacam lampu ada..

Ni plak peta ICT. kalo anda tak tau mana museum tuh, sila tengok peta keh.
nanti makan buah langsat , satu hal pulak jadinya.

Daa tengok peta tuh, insya ALLAH jumpa lah museum nih. So, jum masuk..

Tadaa, tak sabo nak menjelajah nih a.k.a nak mengSNAP gambar sebenarnya :]

sO,jum tengok gambar..




First pic: wif my roomate, Nate. (tgh tahan gelak nih)

2pict: Also with my roomate a.ka now ex-roomate, Chua.


 the last one, my roomate Tasya.

 snap,snap,snap!! muehehe

Chua and Tasya,psstt -haih chua2

Again, chua buat gaya teroverdose dier belakon, :D

and again, :D

Suka pic ni, coz tangga dia nampak cam real jah :)

Nate, look here..! *snapp

Gaya cam Superwomen lah tu kononya,haha



Angel Anne a.k.a Nate

OK, nice Chua, next..! :]

Red, a bull and nate..



Nice one,

susah betol nak amek pose ni, siap kena merangkak gih,naseb laa nate..hihi


cut scene lorh chua... :)
* msa amek gambar ni, aku gelak gila dekat chua, sbb pose camtu,
gelak kuat gila, smpai pak cik yang ddk tepi tu dgn wife dia pun join gelak skali tgk chua camtu.. :D
** psstt, sori chua gelakkan ko,hihi

Sangat real korang dua ni-thumbs up babe :}
*anyway, kne mrah ngan chua and nate lpas balek tu, sbb dlam pic tu tak masuk gambo
boyer a.k.a buaya. Sori tak perasan ,ngeee

nice one :>

aa, tadah-tadah. jangan tak tadah. duet tuh.
*oh, kiri tu Amal a.k.a Amalina, classmate chua and tasya :]



Gambar ni, chua beria-ia suruh aku amek. Amacam menjadi tak?.



aii nate..


Suke gambar ninampak cam real :)

pauschua,amal.

don't take my money meyh



she's spiderman

Chua


opss,sorie tasya gambar tak clear.huhu




uih, gambar orang utan tu tak nampak larh..


Anyway, ni laa serba sedikit gambarnye. Gambar pun cukup mkan je, sebab ambek dengan phone ja. nakwat camne  I takde Nikon or Canon keyh 8)
Hermm, kenangan last day dengan diorang aku kira worth to be remember larh.

Balek tu pergi makan kedai mamak,lepak2 sat..

lepas tu dalam pukul 12 lebih atau pukul satu kut baru balek
Hostel mawar. Selamber derk je kan, padahal curfew pukul 11pm.
Naseb pergi dengan Tasya :)

Takpe, aku ngan nate, ala2 redha je  kena tulis nama pun . '

Lagipun ape nak heran kan, last day daa  pun hehehe..
Adios!

Tuesday 21 May 2013

Dinner Asasi Law UITM/KPTM 2012/2013.

Posted by Unknown at 13:40 2 comments

So, hye !!
Sem kan daa habes, so sekarang  nie mmg aku 24 jam duk goyang kaki ala mem je kat rumah ni. Kok kalau rajin sikit bersih bangat laa rumah aku nih, naseb laa rumah aku ni bukan rumah agam kalau tak seminggu pun tak habes kemas. 
Back to the story, bila dah borink tu macam2 dibuatnya. Antaranya menyelongkar
kembali fail2 yang ntah hape ntah. Dan hasilnya jumpa laa gambar-gambar lama. Dari zaman tuk kaduk dulu sampai sekarang.  So aku terajin laa nak update pasal ni. Ye lah nak buat kenangan, sebab aku ni jenis short-term-memory cket. Ntah-ntah esok2 aku daa lupa name ex-classmate asasi aku neh. Kalau ditanya nama ex-classmate aku mase sekolah dulu pun daa ada yang tak ingat . Padahal baru setahun lebih kut tinggal sekolah. haih apa nak jadi laa ngan memori aku ni. Makin deteriorated rasanye,,chehh .

Anyway, dinner ASASI adalah salah satu event yang interesting masa foundation year. ye tak?hermm.
So jum tgk gambar yee. Aku pun tak pandai nak story mory panjang2 ni. 

SO, event ni diadakan di SACC (Shah Alam Convention Centre) , pada err lupa lah tapi bulan March 2013 yang pastinya. 

SACC (Shah Alam Convention Centre)


Ini pulak kad jemputan DInner Asasi tu.



 LWP01D/LWP02D 2012/13
Asasi Undang-Undang UITM

Inilah ex-classmate aku. Sekarang nih, semua tengah tunggu masuk degree la nih.  Alhamdullilah daa selamat tamatkan Asasi eh pada April baru2 ni. Tapi nak menunggu masuk degree nih, lamanya sumpah! Apa taknya lagi 4 bulan lebih weyh Alamak mereput laa aku kat rumah ni. Anyway, rasanya semua ada lam gambar ni :)
Semua bergaya sakan, tapi konfem tak leh lawan ngan yang lain gaun superb tuh,
Almaklumlah bertemakan DUKE AND DUCHESS lark tuh. Apalagi, sakan laa berfesyen. but apa salahnya sebagai
kenangan masa foundation year je kan. Asal tau  batas2nya dah laa kan :]


Dan kat bawah ni lagi-lagi banyak gambar . Aku malas gila nak memilih gambar. SO aku gabung je semua, senang !.
Kalau mata korang tu superb boleh laa tengok satu-satu eh. :D
Kredit gambar goes tu,
Miss Elina Cute and Sara Aminah.

(aku tak amek gmbr, coz hanfone "kong" mase tu,masa tu laa nk buat hal kan,haih)
Jumm kita tilik gambar,,
.
.
.
.


dINNER Foundation UITM.
tHEME: Duke and Duchess

 Kat bawah ni pulak, adalah cenderahati malam tuh.
Dapat pendrive and button badge. Ok laa, dari bagi sweet atau pende mengarut2 kan.
Pendrive boleh gak guna buat kerja, heheh 8)

Keep Calm and Sue Everyone.
(x leh blah btool kan,haha)

Sekarang daa sampai part yang aku tak leh blah betul ngan classmate2 aku nih. Malam tu dinner, boleh pulak lepas tu pergi naik Broga HILL. Kerja gila kan. diorang mendaki malam tau, gila tak gilanya. Syabas , siap boleh sampai puncak lagi. Dengar cerita diorang memang best, tapi bab-bak mendaki tu yang buat aku berfikir2 tu. yE lah aku ni bukanya rajin sangat bab2 ni,heee. Anyway pemandangan dia memang top!. Thanks to ELINA for the photo, and kalau aku  sambung degree di UITM Shah Alam, In Sha ALLAH sampai aku dekat puncak BROGA HILL ni nanti . Ameen :)


Broga Hill, Semenyih, Selangor.Malaysia.
cc:Elina
Broga Hill
:cc EL

them :)

Sebagai kawan aku berbangga ngan korang yang berjaya buat penda2 "kamikaze" camni.
:D
 

choices.chances.changes Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting