Sesi pertama yang akan dijalankan seperti
biasa adalah ujian INSAK. Anda kena
jawan 135 soalan dalam masa 30 minit sahaja, so maknanya 1 minit lebih kurang 4
soalan la. Jangan risau, soalan nya hanya soalan KBKK sahaja boleh fikir je. Sebab
soalan nya lebih kepada minat dan perwatakan anda, adakah anda sesuai untuk
menjadi seorang guru?. Dan tak adanya soalan kira-kira ke isu semasa ke, hapeke
semua takde ye. So, chill lah bro J . Tapi still
jangan amek mudah ujian ni, sebab, penemuduga tu cakap kalau fail yang ni
kiranya dah macam tak ada makna dah. Sebab mark untuk ujian ni lagi banyak
daripada interview. S, chill and steady
ye guys. Just do your best, ikut your own instinct. Kalau betul-betul minat nak jadi cikgu,
konfem tak jadi halnya.
Lepas habis ujian tu, biasa nya penemuduga
akan terus suruh bergerak ke bilik temuduga. Tapi lain tempat lain caranya kan.
Time saya, ( di IPG Datuk Razali Ismail)
, ujian INSAK tu dijalankan di dewan besar/dewan kuliah secara beramai-ramai.
Tapi still duduk dalam kumpulan contohnya kumpulan A,B,C,D . Mula-mula saya
ingatkan kumpulan dibahagikan mengikut subjek, rupa-rupanya takde lah dia
campur semua tak kira subjek . Sebab saya subjek sejarah tapi group member lain
ada yang matematik ,sains, bahasa melayu dan sebagainya.
Sekarang move on to second session, iaitu
sesi temuduga. Buat pengetahuan anda , format interview(iv) dah berubah maccam
yang saya cakap sebelum ni. Kalau sebelum2 ni, ada iv individu dan berkumpulan
tetapi mulai tahun ni, dah tak ada iv individu. Semuanya dijalankan secara
berkumpulan. Tahun depan saya taktau la
macam mana pulak format dia. Tadi, sesi interview kumpulan saya sepatutnya
mempunyai 4 sesi iaitu pukul 9.30am, 10.45am , 2pm dan 4pm. Tetapi ianya
digabungkan sekali gus ,sebab ada sesetengah kumpulan hanya 2,3 orang sahaja
yang hadir dari jumlah kesuluruhan (biasanya 6 orang satu sesi) juga bagi
menjimatkan masa, bolehlah balik awal kan. So, group saya apabila
digabungkan jadi laa lebih kurang 20
orang yang kemudianya dibahagi kepada dua, maknanya satu group interview ada 10
oraang .
 |
paling penting nie, :) |
Masa ni laa, kalau anda dapat penemuduga
yang agak cerewet , agak susah jugaklah. Masa saya tu, penemuduga tu taklah
cerewet, tapi dia ada laa cakap dekat semua dia kata “kalau macam nil ah perangai nak jadi cikgu
baik tak payah, tak ada disiplin” sebab ada yang tak bawak gambar, isi borang
tak lengkap , tak dapat pengesahan dan sebagainya. Nasihat saya, persiapkan
semuanya supaya nanti tak ada masalah di kemudian hari ,ye lah anda kenalah
tunjukkan bahawa anda ni kompeten,sesuai,layak untuk jadi cikgu . Yang paling
tak tahan bila penemuduga tu siap cakap lagi, “ saya boleh je failkan awak ni,
sebab tak ada markah untuk Sahsiah”. Haih, tapi dia saja je nak bagi kita sedar
sikit.Apapun , naseb baik laa iv tu berjalan lancar.
Dan perlu diingatkan, dokumen yang asal perlu diletakkan dalam fail ye,
contohnya macam ic, sijil kelahiran, sijil akademik dan sebagainya( sijil asal),
semntara itu bagi dokumen yang perlu
diisi seperti boring maklumat diri, penyataan hasrat dan dokumen lain yang
perlu diisi desertakan sekali bersama sijil salinan yang telah disahkan. Kalau boleh
letak dalam sampul surat atau fail. Klip kan sekali sebab nanti yang itu lah
akan diserahkan kepada penemuduga. Dokemen asal diserahkan tetapi akan
dikembalikan di akhir iv tu. Lepas bila daaa bagi dokumen siap-siap dekat
penemuduga (ikut arahan dia ya) , anda akan diminta untuk menonton satu video.
So, tumpukan perhatian sepenuhnya ya.
Video yang saya dapat adalah video tentang MBMMBI, yang lain-lain saya
dengar ada video mengenai Kejiranan,Ibu bapa, 1Murid 1Sukan dan sebagainya.
Maybe kalau anda tak tahu nak baca apa untuk persediaan temuduga ni, mungkin
ada boleh baca tentang dasar-dasar pendidikan di kementerian pelajaran Just to make sure you
got the idea .
Lepas daa tengok video, duduk dalam
kumpulan untuk bincangkan. Jangan bimbang kalau anda ni jenis yang tak pandai
nak mencelah sebab masa saya di iv, penemuduga tu pesan kalau seorang bercakap
yang lain jangan sampuk, hanya sambung selepas dia dah habis. So, tak delah
nervous sangat nak argue kan. This also
means, korang boleh bercakap berapa minit pun korang suka, tapi jangan laa cakap
kosong mesti ada input yang berkaitan dengan video tu . Tetapi perlu
diingatakan walaupun tak adaorang yang nk mencelah semasa nada bercakap korang
kenalah consider dengan group-mate korang jangan korang je yang bercakap,berpada-pada
lah ye orang lain pun ada idea gak. Lepas sorang daa habes, macam mana anda nak
sambung? Herm , seperti yang penemuduga tu cakap “perbincangan yang berhemah”,
so jangan la maen terjah je, mungkin anda boleh cakap
“ya,saya bersetuju dengan pendapat
saudara/saudari …, tetapi ingin saya tambahkan disini bahawa….@
seperti yang dimaklumkan oleh
saudari….,saya percaya bahawa saudari merujuk kepada…
kalau tak bersetuju atau nak bagi idea yang
agak kontra, mungkin anda boleh cakap,
“ saya ingin memetik kata-kata saudari
..mengenai…yang menyatakan bahawa… NAMUN pada pandangan saya ..
Saya just bagi just bagi idea macammana nak
sambungkan perbualan just in case kalau anda blank . Tetapi jangan risau kerana
kebiasaannya idea tu akan datang secara spontan, so takyah laa nak menghafal
bagai just get the idea pun daa cukup sebenarnya. Dan andai kata ditakdirkan, masa iv tu
calon-calon lain semua dah bercakap tapi anda still blank tatau nak cakap apa,
tarik nafas dan cuba beri perhatian kepada input-input yang diberikan oleh
calon lain. So, kalau anda takde idea sangat anda mungkin boleh menyambung
dengan menyatakan “ Pada pandangan saya, saya sangat bersetuju dengan pendapat
yang dikeutarakan oleh saudara…., dimana beliau menyatakan bahawa…, ini
sememangnya tepat sekali kerana ianya sejajar dengan..bla2..(just tambahkan
sikit je idea anda). Jangan risau tentang peluang untuk bercakap, sebab semua
akan diberi peluang untuk bercakap. Kalau anda diam sgt, mungkin penemuduga tu
akan Tanya soalan khas kepada anda,mungkin.
Bila dah habis bagi pendapat semua,
penemuduga (biasanya 2 orang), akan bagi satu soalan umum tentang sesuatu isu
semasa, dan Tanya pendapat korang. Lain oraang lain ideanya, so be creative,
Bagi idea yang sangat mantop so, the interviewer akan impressive dengan anda.
Takpun anda bantai je laah cakap apa yang anda tahu, hahaa J . Dan perlu diingatkan sekali lagi, lain penemuduga lain caranya,
sebab kawan saya ada memberitahu bahawa di dalam kumpulanya selapas semua calon
member pendapat, penemuduga akan bertanyakan soalan yang berlainan kepada
setiap calon untuk menguji kemampuan calon.
Dan yang terakhir, anda biasanya akan
diminta untuk berkomunikasi dalam bahasa ketiga. Seperti yang dimaklumkan oleh
penemuduga tadi, beliau memaklumkan bahawa, sesi terakhir adalah untuk menguji
kemahiran anda berkomunikasi dalam bahasa ketiga. Contohnya bahasa melayu,
bahasa inggeris, bahasa arab, iban, cina,india dan sebagainya.
Tetapi, waktu saya, penemuduga tu just cakap ,
in ENGLISH tell me your most interesting event in your life or unforgettable
event that happen in your life. So cakap
je laa, apa yang korang nak cakap, dia bukan nak dengar sangat cerita tu
rasanya, just nak dengar kita speaking jer. Pasal grammar tu takyah risau laa,
just cakap je. Cakap je, tapi mungkin ada yang terkejut sebab kena speaking
terus jadi tergagap-gagap masa speaking. Mungkin untuk menanganinya, anda boleh
speaking dengan “lambat-lambat” dalam erti kata lain “slow motion” sikit, bukan
gagap tao :3, ada beza tu yee. so takde
lah nampak sangat tengah menyusun ayat masa tu.
Lepas tu kalau daa takde apa-apa, dan
penemuduga tu cakap dah boleh keluar, ucapkan terima kasih dekat Incik
penemuduga, dan senyum-senyumlah atau kalau
rajin bersalam laa dengan group-mate korang tu yea.Then, boleh laa cabut.hehee.(saya memang
tak sabar-sabar nak balek waktu tu). TETAPI jangan lupa pula untuk mengambil semula fail
yang mengandungi sijil asal anda itu, pastikan ic ada sekali tau. Kang naya
pulak nak kena cari.